PABM akan hantar surat rayuan kes penggantungan Raihan
2 Februari 2012

Presiden PABM Zafarul Akbar Kassim berkata mereka berharap badan dunia itu dapat mengurangkan hukuman itu kepada dua tahun sahaja memandangkan atlet berusia 24 tahun itu merupakan antara atlet harapan negara dalam sukan itu.
Pemenang pingat gangsa dalam acara 53kg Sukan Komanwel New Delhi 2010 India itu dikenakan penggantungan empat tahun dan didenda sejumlah US$5,000 (RM15,100) oleh IWF setelah gagal dalam ujian anti-doping ketika menyertai Kejohanan Dunia Kelayakan Olimpik di Paris, November lalu.
"Raihan mempunyai rekod bersih dengan persatuan. Saya bimbang sekiranya dikenakan hukuman yang begitu lama, ia mungkin mengurangkan minatnya dalam angkat berat pada masa depan," katanya kepada Bernama, hari ini.
Zafarul berkata pihaknya turut membincangkan kes berkenaan dalam mesyuarat yang diadakan dua hari lepas bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.
Beliau turut mengakui penggantungan Raihan sedikit sebanyak menjejaskan persiapan skuad wanita negara menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini terutamanya Kejohanan Elit Asia di Korea pada April yang menjadi medan terakhir atlet Asia melayakkan diri ke Olimpik London 2012, Julai ini.
"Bagaimanapun, kita sedang mengambil inisiatif dengan menyerap beberapa atlet pelapis kebangsaan yang berpotensi bagi memantapkan skuad sedia ada dalam menghadapi kejohanan lain sepanjang tahun ini," katanya. - Bernama
sepatut nya rayuan di hantar selepas pendengaran kes,iaitu sebelum hukuman jatuh by IWF.
ReplyDeletedah jatuh hukum nak merayu macam mana.nama dah publish di web IWF.tak kan Iwf nak tarik balik..
helo Zafarul ada faham ka...
lain kali tak faham tanya orang jangan bodoh sombong..